Sunday, 17 May 2020

๐—ข๐—ฃ๐—ฅ ๐˜๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ป ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ธ๐—ฒ-๐Ÿฏ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ผ๐—ต ๐Ÿฑ ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฌ?

No photo description available.

Kadar Polisi Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR) adalah satu kadar pinjaman yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang diberikan kepada bank-bank perdagangan di Malaysia yang mempunyai jumlah dana yang tidak mencukupi. Dalam bahasa yang lebih mudah, ianya adalah merupakan kadar yang perlu dibayar oleh satu bank yang meminjam dari bank yang lain.

.
OPR berperanan bagi mengelakkan daripada berlakunya defisit ekonomi dengan mengawal polisi monetari ringgit supaya terus berada pada tahap yang baik. Kadar OPR yang rendah mempunyai kesan domino kepada kadar faedah di mana ianya akan menjadikan kadar faedah lebih rendah selaras dengan penurunan OPR.
.
Penurunan kadar OPR ini sebenarnya adalah bertujuan bagi menggalakkan para pengguna berbelanja dan meminjam yang mana secara tidak lansung akan meransang pertumbuhan ekonomi negara.
.
Pada 5 May 2020 yang lalu, BNM telah mengeluarkan Pernyataan Dasar Monetari dengan membuat keputusan untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas kepada 2% dan dijangka akan berlaku penurunan sehingga 1.75% peratus. Cuba korang bayangkan kalau kadar faedah pinjaman perumahan korang sebelum ni ialah 3.8%, selepas penurunan OPR ini kadar faedah tersebut akan jadi 3.3%.  Banyak kite boleh jimat kat situ!
.
Ini merupakan kadar terendah yang diturunkan oleh BNM sama seperti penurunan OPR semasa krisis ekonomi pada tahun 2008-2009 iaitu dengan kadar OPR 2% pada Februari 2009. Penurunan ini berkait secara langsung dengan keadaan ekonomi global yang semakin lemah sekarang ni berikutan isu pandemik COVID-19 yang melanda dunia masa kini. Korang boleh refer sini untuk info yang lebih lanjut.

https://www.bnm.gov.my/index.php…
.
๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฃ๐—ฅ ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฌ:
๐Ÿ“‰ Januari 2020 (3% ↘️ 2.75%)
๐Ÿ“‰ Mac 2020 (2.75% ↘️ 2.5%)
๐Ÿ“‰ May 2020 (2.5% ↘️ 2.0%)
Kalau korang nak tau OPR decision & statement dari tahun 2008 hingga sekarang boleh rujuk sini 

https://www.bnm.gov.my/index.php…
.
๐—๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ, ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ข๐—ฃ๐—ฅ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ?
.
1️⃣ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป
Kadar bayaran balik pinjaman korang akan jadi lebih murah disebabkan oleh penurunan kadar faedah. Pinjaman ni termasuklah pinjaman sewa beli (hire purchase loan), pinjaman peribadi dan juga kad kredit.
.
2️⃣ ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ถ๐˜…๐—ฒ๐—ฑ ๐——๐—ฒ๐—ฝ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜
Bila kadar OPR turun, maka kadar faedah kepada akaun simpanan & FD korang juga akan berkurang. Jadi, keuntungan korang daripada simpanan juga akan turut berkurang. So, masa ni la korang perlu bijak cari alternative lain untuk gandakan keuntungan korang contohnya melalui haratanah, sebab masa ni bank akan galakkan korang buat pinjaman terutamanya pinjaman hartanah!
.
Cukup la sampai sini dulu saya kongsikan pasal penurunan OPR & kesan2nya. Kalau korang rasa perkongsian ni bermanfaat, sila share & sampaikan kepada yang lain. Bantu saya untuk share kan info ni pada seramai mungkin. Semoga bermanfaat & ianya menjadi saham pahala utk bekalakan kita di akhirat kelak.
.
Insyallah, lepas ni ni saya akan kongsikan pula tentang “Apa yang perlu kita lakukan bila OPR turun”.

Kredit
Sham Chencko

5 tips hartanah ini akan menambah nilai dan membantu dalam keputusan yang bakal kita buat

Image may contain: text that says 'PROPERTY VALUE LOCATION MARKET CONDITION NEIGHBORHOOD AGE'


Aku dah ready untuk beli rumah pertama ni tapi apa tips yang bagus untuk aku jadikan panduan sebelum buat keputusan ye?


"...... bisik En Muhammad Danial Shah Burhanuddin bin Ali di dalam hatinya "


Persoalan biasa pembeli terutama yang tida pengalaman dan pertama kali.


Jika kita bercita-cita untuk membeli rumah yang pertama, sudah pasti segala persiapan mesti dipersiapkan, Antaranya rujuk pada kawan yang pernah ada pengalaman dalam hartanah, buat 'research' di internet atau hubungi ejen hartanah yang dikenali.


Antara perkara asas yang perlu disediakan adalah persediaan kewangan tunai untuk deposit dan segala kos berkaitan.


Bab deposit ni boleh buat pengeluaran KWSP akaun 2 dan ada juga teknik lain yang menarik dan tertarik. Itu kena hubungi secara personal ejen hartanah yang kalian kenali. Insyaallah ada cara.


Disini saya nak kongsi tips yang kalian perlu ambil kira untuk membeli rumah. Yelah bukan nak tinggal sekejap kan.. kalau boleh hingga anak cucu.


5 tips ini akan menambah nilai dan membantu dalam keputusan yang bakal kita buat.

1) Lokasi hartanah yang nak dibeli. (Location)
2) Harga yang berpatutan. (Market Value)
3) Keadaan rumah. (Condition)
4) Kejiranan. (Neighborhood)
5) Usia rumah (Age)


1) Lokasi :
Faktor utama lokasi pilihan adalah hampir ke tempat kerja. Samada tempat kerja suami atau isteri. Penting untuk ambil kira jangka panjang dari segi kos, masa, tenaga dan kehidupan.


Akan tetapi ramai pembeli sudah tidak ambil kira sangat berkenaan jarak dari rumah ke tempat kerja atas faktor kemampuan dan keselesaan. Pemanduan 10km hingga 40km adalah biasa sekarang ni.


2) Harga:
Dewasa ini rata-rata bakal pembeli sudah mempunyai ilmu dan kesedaran berkenaan harga dan rumah yang nak dibeli. Pelbagai faktor memainkan peranan untuk mendapatkan nilai terbaik yang memberi kepuasan dan menang.


Harga bergantung pada lokasi dan bajet. Yang paling utama adalah harga rumah yang nak dibeli itu adalah pada harga pasaran semasa atau memang harga ditawarkan dibawah harga pasaran semasa. Sebaiknya gunalah khidmat ejen hartanah sebab mereka banyak pengalaman dan boleh berusaha dapatkan harga terbaik dari ladang.


Walaubagaimana pun ia mestilah mengikut kelayakkan pembeli. Pembeli boleh mohon pinjaman bersama 'join loan' berdua, bertiga (ahli keluarga sahaja) untuk melayakkan kelulusan pinjaman bank. Tiada masalah.


3) Keadaan rumah.
Sudah pasti keinginan untuk mendapatkan rumah yang 'fully renovation' dan 'fully furnished' pada tawaran harga yang menarik dan dalam bajet kemampuan. Mestilah realiti dan bukan fantasi ye.


Bagi yang sudah siap sedia modal untuk ubahsuai rumah secara bessar-besaran, seeloknya carilah rumah yang basic asas agar tidak rasa ralat untuk proses merobohkan dan juga boleh dapat harga yang berbeza daripada rumah yang sudah pengubahsuaian penuh.


Matlamat utama adalah beli lokasi.


4) Kejiranan:
Ini adalah faktor yang sangat penting untuk kita ambil tahu sebab beli rumah ni kalau boleh hendak tinggal lama. Sekurang-kurangnya ambil tahu siapa jiran sebelah kiri, sebelah kanan, belakang dan hadapan, Untuk membina dan menghubungkan silaturahim.


Sila rujuk kepada ejen hartanah yang menguruskannya. Seorang ejen hartanah mesti mempunyai data berkenaan kejiranan. Bangsa apa.. agama apa... keluarga atau bujang dan sebagainya. Berbeza jika beli untuk aset pelaburan dan untuk disewakan. Asalkan lokasi permintaan tinggi ok jer.


Diatas adalah tips mudah sebagai panduan sahaja bukan mesti diikuti secara mutlak. Jika anda sudah terjumpa dan berkenan pada sesebuah rumah yang terbaik dan tidak kisah sangat berkenaan 5 tips tersebut, tidak menjadi satu masalah.


Semoga perkongsian ringkas saya memberi manfaat bersama.

Selamat beramal. 


Kredit 

Halim Irealty

RISAU NAK BELI ATAU SEWAKAN RUMAH ANDA ?

No photo description available.


Ramai orang bimbang nak teruskan aktiviti beli/sewa rumah walaupun lepas PKPB dah mula.


Takut kalau rumah yang nak vieiwing atau ejennya ada bawa coronavirus. Boleh terancam nyawa kalau salah cara uruskan perjumpaan.


Tapi kalau berurusan dengan ejen-ejen dari agensi yang cakna tentang kesihatan dan menjaga keselamatan pelanggan macam iRealty, kalian tak perlu bimbang.


Cuma perlu jaga jarak sosial kalian, jangan pergi viewing ramai-ramai, pakai mask, sentiasa sanitize tangan dan jangan pegang tak tentu hala.


Dengar cerita banyak rumah below market value dah mula muncul, kalau tak nak terlepas peluang, boleh mula join group kami, listing-listing best je akan masuk sana.

.

>>> https://t.me/joinchat/AAAAAEwKVhkKsmk...

>>> https://t.me/joinchat/AAAAAEwKVhkKsmk...

>>> https://t.me/joinchat/AAAAAEwKVhkKsmk...

Thursday, 23 April 2020

BELI RUMAH LELONG TAK SESUAI UNTUK PELABURAN.. BETUL KE ?



Beli Rumah Lelong Tak Sesuai Untuk Pelaburan... Betul ke?
—–—–—–—–—–—–—–—
Amat rugi jika anda berpendapat seperti itu.

Ramai berjaya dan telah membina kekayaan dengan pelaburan rumah lelong.

Walaupun kadangkala disebut sebagai rumah yang berisiko tinggi, tapi dengan teknik dan panduan yang betul, insha Allah kita boleh berjaya.

Alhamdulillah ada yang dah berjaya dan sudah dibantu oleh Tuan Erman Taib, CEO iReal Academy dalam pelaburan hartanah.

Siapakah beliau?

Seorang yang berpengalaman dalam bidang hartanah lebih dari 10 tahun. Beliau merupakan seorang pelelong berdaftar Negeri Selangor selama 3 tahun.

Beliau juga berpengalaman menguruskan pelaburan hartanah di bawah syarikat "Investment Holding Company" miliknya.

Kini beliau ingin membantu lebih ramai lagi untuk bina kekayaan dengan hartanah lelong.

Jadi jom sama-sama belajar bersama beliau dalam webinar bina kekayaan dengan hartanah lelong pada 4&5 May 2020.

Apakah yang anda pelajari dalam webinar tersebut?

1. Teknik 100% Berkesan Menyusun Profil Kewangan Pelaburan

2. Perkara asas, terma dan syarat yang penting untuk anda ketahui dalam lelongan

3. Teknik menganalisis unit lelongan dengan cara efektif

4. Rahsia 8 langkah dalam pelaburan hartanah lelong

5. Tips dan panduan dalam memulakan dan menguruskan pelaburan lelongan

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh tekan link https://irealacademy2019.onpay.my/order/form/bkhl/mohdsharil

Ayuh bertindak sekarang kerana orang yang berjaya akan mencari dengan ilmu dan bersedia mengambil peluanng bila sesuai.


RUMAH LELONG SEBENARNYA RUMAH HANTU!



“Rumah Lelong Sebenarnya Rumah Hantu!”

Mesti anda pernah dengar ayat ini kan? Kalau rumah yang kena lelong dengan bank je, mesti orang anggap rumah itu ada ‘penghuni’. Maklumlah, telah lama ditinggalkan. Jual murah pula tu.

Tapi, rumah inilah yang menjadi kegilaan pelabur hartanah lelong kerana hasil yang diperolehi menjangkau 2x malah kadang 3x ganda berbanding modal yang dikeluarkan.

Mustahil? Tidak mustahil sekiranya anda pelajari sendiri dari Pelelong Berdaftar Negeri Selangor, berpengalaman dalam dunia lelongan lebih dari 3 tahun. Beliau ialah Tuan Erman Taib.

Dengan yuran serendah RM59.00, anda akan mengikuti webinar selama 2 hari! Anda juga akan didedahkan dengan:

1) Teknik  menyusun profil kewangan pelaburan

2) Fahami asas, terma dan syarat dalam lelongan.

3) Skill menganalisi unit lelongan dengan baik.

4) Kaedah memulakan dan menguruskan pelaburan lelong.

Jika anda mengikuti webinar ini, dengan usaha dan semangat anda, tidak mustahil anda akan menjadi pelabur hartanah lelong yang berjaya.

Jom daftar sekarang di https://irealacademy2019.onpay.my/order/form/bkhl/mohdsharil


RAHSIA DALAM HARTANAH LELONG



Rahsia Dalam Hartanah Lelong

Ramai orang tahu apa itu rumah lelong, tapi tidak ramai yang berani nak beli. Kerana apa? Kerana cabaran yang perlu dihadapi semasa membida, proses pembelian, hadap kerenah tuan rumah/penyewa dan sehinggalah dapat kunci. Cabarannya memang bertimpa-timpa.

Tapi, ini apa yang saya alami untuk membeli rumah lelong. Saya kena turun naik banyak kali ke mahkamah. Kos untuk melantik peguam, ejen hartanah dan sebagainya menelan sehingga berpuluh ribu. Saya juga pernah menjadi mangsa ugutan. Akhirnya, saya berjaya membeli rumah lelong teres corner lot, berkeluasan 1,200 kps, hanya 5 minit untuk ke hospital dengan harga RM90,000.

Berbaloi ke penat lelah saya? Ya sangat-sangat berbaloi.

Jangan takut tuan-tuan dan puan-puan untuk mempelajari tentang dunia lelongan. Setiap benda memang ada cabaran.
Jadi, saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan untuk pelajari ilmu lelongan selama 2 hari. Bermodalkan hanya RM59.00 sahaja.

Dengan modal RM 59 sahaja, boleh dapat ilmu yang boleh hasilkan puluhan ribu ringgit.

Untuk maklumat lanjut, boleh lihat di sini https://irealacademy2019.onpay.my/order/form/bkhl/mohdsharil


RUMAH LELONG ADALAH PILIHAN TERBAIK KERANA LEBIH MURAH 20%-30% DARI HARGA PASARAN





Rumah Lelong Adalah Pilihan Terbaik Kerana Lebih Murah 20%-30% Dari Harga Pasaran.

Ya, itu adalah salah satu fakta mengenai rumah lelong. Rumah di kawasan A ialah RM180,000 mengikut harga pasaran. Ada sebuah rumah yang bakal dilelong dan harga rumah tersebut telah jatuh 30% dari harga pasaran. Jadi berapakah harga rumah tersebut? Betul, RM126 000 SAHAJA.

Tapi, untuk mendapatkan rumah lelong yang ‘best deal’ anda harus tahu cara-caranya kerana untuk mendapatkan pulangan yang lumayan, cabarannya juga hebat.

Apa yang anda perlu pelajari? Antaranya ialah:

1) Teknik Menyusun Profil Kewangan Pelaburan

2) Fahami 3 Fasa Proses Lelongan

3) Skill Untuk Menganalisa Unit Lelongan Dengan Baik

4) Cara Mendapatkan Pengisytiharan Jualan

Dan banyak lagi…

Semua ini anda akan pelajari dalam webinar selama 2 hari. Tidak perlukan hidupkan kenderaan, tidak perlu buka ‘waze’, dan tidak perlu beratur semasa pendaftaran. Hanya perlu tunggu di hadapan laptop anda sahaja,

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://irealacademy2019.onpay.my/order/form/bkhl/mohdsharil dan daftar segera!



Friday, 25 October 2019

OK KE KALAU BELI RUMAH KAT TANAH REZAB MELAYU ?



Sebelum tu , tau tak komposisi Tanah Rizab Melayu sekarang tinggal tak sampai 12% ?

Ni bukan kajian saya ye ๐Ÿ˜… tapi daripada para-para kademk universiti IPT kt Malaysia ni.

Tahun 2009 dikatakan daripada 3.1 juta hektar Tanah Rizab Melayu tinggal 1.57 juta hektar sahaja. Sekarang ni dah 2019 berapa hektar agaknya yang tinggal ?

Beberapa resolusi yang telah diperbincangkan tentang Tanah Rezab Melayu ni antaranya diperketatkan syarat penukaran status Tanah Rizab Melayu untuk aktiviti pembangunan dan gantian Tanah Rizab Melayu yang dibatalkan statusnya untuk tujuan pembangunan tanah rizab yang baru.

Tau tak di Laman Kelubi Banglo Eksklusif Beranang / Semenyih yang sedang dibina sekarang ni status Tanah Rezab Melayu dan Freehold ?

Ada setengah orang yang mempunyai perspektif yang sempit akan nilai Tanah Rezab Melayu ni.

Tapi tau tak nilai Tanah Rezab Melayu ni boleh meningkat setanding pembangunan kat kawasan tanah terbuka sebab ia berpotensi untuk dimajukan.

Sebagai contoh Tamu Hotel & Suite di Jalan Raja Alang,Kg Baru iaitu Hotel 42 tingkat yang dibangunkan oleh Zikay Group of Companies. Lepas je siap pada tahun lepas Feb 2018 ,hotel ni dinilai sama seperti hotel-hotel lain kat tanah bukan rezab Melayu juga contoh lain Bangi Convention Centre di Bandar Baru bangi.

Begitu juga di Laman Kelubi Banglo Eksklusif Beranang / Semenyih ni sangat untung disebabkan kawasan mereka berdekatan dengan kawasan membangun jadi harga hartanah sana juga turut naik.

PENING KEPALA BILA SEWAKAN RUMAH KAT PENYEWA , ADA PULA BIL TUNGGAKAN DAH TU KITA LAK KENA TANGGUNG ?

Sebelum masuk rumah dia punya rayu minta kurang sewa, minta itu ini even pijak semut pun tak mati seperti kata orang dulu-dulu. Lagi pening bila penyewa lari dengan bil tinggi yang tak dibayar, tak pasal-pasal kita jadi mangsa.

Tahu tak pihak Tenaga Nasional Berhad telah mengambil langkah utk bantu pemilik rumah selesaikan masalah ni. Bagi yang dah tahu alhamdulillah, bagi yang tak tahu TNB ada perkenalkan Skim Penghuni Sementara tujuannya untuk melindungi pemilik rumah daripada masalah tadi.

Dengan skim ni nama penyewa akan didaftarkan dalam bil TNB dimana seperti buka akaun khas untuk penyewa.

Jadi kalau ada bil tertunggak yang tanggung nanti penyewa sampai bila-bila.

Mudah je kalau nak daftar Skim Penukaran Penghuni ni.

Kalau diikutkan Penyewa yang harus pergi ke mana kaunter/Kiosk TNB atau reg melalui app myTNB. Dokumen yang diperlukan :
i) Salinan IC Penyewa
ii) Perjanjian Sewa yang sudah Stamp LHDN
iii) Email Penyewa yang memohon (Penting untuk verification)
iv) Salinan IC Pemilik Rumah
v) Surat Pengesahan daripada Pemilik Rumah menyatakan untuk buat pertukaran.

Proses ambil masa 7 ke 14 hari . TNB akan email invoice utk jumlah deposit dan deposit ditentukan oleh TNB mengikut jenis rumah ke email penyewa.

Jadi kos untuk skim ni ialah
- Wang proses RM3
- Stamp hasil RM10
- Deposit (Bergantung jenis rumah yang akan diberitahu oleh TNB ke email penyewa)

AWAS YE! SEBELUM BELI HARTANAH UNTUK PELABURAN

Sekarang ni tak macam dulu kalau beli apa pun confirm boleh untung.

Ramai otai hartanah kadang-kadang nasihat "Buat untung semasa membeli bukan semasa menjual semata"

Sebabnya kita nak merasa nikmatnya dapat kenaikan nilai iaitu capital appreciation dan untung sewa (rental yield)

Antara faktor yang kena dititikberatkan sebelum beli hartanah ;

1) Akan sentiasa ada perubahan di sekeliling kita termasuk juga strategi dalam pelaburan hartanah boleh katakan banyak perkara berubah.

Strategi main beli spt 5 tahun lepas tak boleh dah guna sekarang.

Kena kaji dulu sebelum beli nak rendahkan risiko.

2) Memang banyak lambakan hartanah yang tak terjual walaupun lama dalam market dan ada hartanah yang bagus even subsale.

Rajinkan research pasal hartanah yang hendak di beli terlebih dahulu supaya dapat beli dengan harga yang terbaik.

3) Ada masa korang akan jumpa kenapa hartanah yang bagus ni sangat murah.

Ambil tau adakah sebab ada ejen saja letakkan harga murah hanya untuk dapatkan leads atau pemilik rumah nak jual urgent atau sebab keadaan rumah yang teruk. Apa pun siasat dahulu.

4) Periksa pemilikan iaitu Title samada masih Master Title atau sudah Strata Title.

Kenapa pentingnya strata title ni sekiranya ada masalah berkaitan title.
- Masalah untuk sahkan pemilik sebenar akan ada.
- Insuran utk hartanah tersebut susah nak dapat
- Bank susah bagi pinjaman kalau masih Master Title lebih-lebih lagi kalau lebih 10 tahun.
- Wajib dapatkan kebenaran pemaju kalau hartanah masih Master Title

5) Selalu kalau kita nak beli mesti nak tau apa yang di sekeliling hartanah tesebut, memang patut tau jadi korang kena ambil tau.
- Ada peluang perkerjaan atau tidak di sekitar?
- Banyak kedai atau bangunan di sekitar ?
- Bagaimana populasi penduduk, berkurang ke bertambah ?
- Kes jenayah adakah serius di area situ ?

Walaupon lambakan hartanah tak terjual tapi sebenarnya banyak hartanah yang bagus kat luar ni. Rajin-rajin la bertanya Perunding Hartanah seperti ni Sharil IRealty .

BANK TENGOK CCRIS & CTOS JE KE UNTUK LULUSKAN PINJAMAN RUMAH ?

Mungkin ramai beranggapan begitu dimana untuk lepaskan permohonan bank akan tumpu kat CCRIS dan CTOS.

Lain bank lain caranya mereka proses permohonan pemohon.

Kebiasaan Bank di Malaysia akan ambil kira 3C sbg cara mereka menapis pemohon yang bermasalah iaitu faktornya
- Character
- Capital
- Capacity

3C ni la nak kena jaga kerana ia fungsi dan penentu untuk loan lulus InsyaAllah... selain daripada nak tentukan berapa pinjaman yang henda dibuat dan interest rate.

1. Character
Bank akan check dan meneliti cara pemohon bayar balik pinjaman dengan cara
- tengok sejarah kredit sebelum ni
- tempoh menetap di sebuah kawasan
- tempoh bekerja di sesebuah syarikat
- keupayaan bayar hutang

2. Capital atau Modal
Ini pula ia rujuk kepada aset yang korg ada untuk cagaran. Antaranya,
- Kalau ada pelaburan yang dibuat tak kisah la personal atau group
- simpanan yang ada
- pelaburan yang lain-lain untuk digunakan bayar balik hutang kalau pendapatan korg tak cukup.

3. Capacity
Part ni pula seberapa upaya korg mampu bayar hutang dan ini bergantung pada financial strength seperti gaji bulanan, extra income dan lain-lain) jd kena ada cash flow yang stabil baru bank rasa selamat nak pinjamkan duit.

Jadi bank akan tengok;
- current income bakal peminjam
- jumlah bayaran balik pinjaman yang pernah dibuat
- perbelanjaan sara hidup semasa
- jumlah hutang semasa
- bilangan tanggungan yang ada.