๐ข๐ฃ๐ฅ ๐๐๐ฟ๐๐ป ๐ฏ๐๐ฎ๐ ๐ธ๐ฎ๐น๐ถ ๐ธ๐ฒ-๐ฏ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐ผ๐ต ๐ฑ ๐ฏ๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฌ?
.
OPR berperanan bagi mengelakkan daripada berlakunya defisit ekonomi dengan mengawal polisi monetari ringgit supaya terus berada pada tahap yang baik. Kadar OPR yang rendah mempunyai kesan domino kepada kadar faedah di mana ianya akan menjadikan kadar faedah lebih rendah selaras dengan penurunan OPR.
.
Penurunan kadar OPR ini sebenarnya adalah bertujuan bagi menggalakkan para pengguna berbelanja dan meminjam yang mana secara tidak lansung akan meransang pertumbuhan ekonomi negara.
.
Pada 5 May 2020 yang lalu, BNM telah mengeluarkan Pernyataan Dasar Monetari dengan membuat keputusan untuk mengurangkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas kepada 2% dan dijangka akan berlaku penurunan sehingga 1.75% peratus. Cuba korang bayangkan kalau kadar faedah pinjaman perumahan korang sebelum ni ialah 3.8%, selepas penurunan OPR ini kadar faedah tersebut akan jadi 3.3%. Banyak kite boleh jimat kat situ!
.
Ini merupakan kadar terendah yang diturunkan oleh BNM sama seperti penurunan OPR semasa krisis ekonomi pada tahun 2008-2009 iaitu dengan kadar OPR 2% pada Februari 2009. Penurunan ini berkait secara langsung dengan keadaan ekonomi global yang semakin lemah sekarang ni berikutan isu pandemik COVID-19 yang melanda dunia masa kini. Korang boleh refer sini untuk info yang lebih lanjut.
https://www.bnm.gov.my/index.phpโฆ
.
๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฟ๐๐ป๐ฎ๐ป ๐ข๐ฃ๐ฅ ๐๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ท๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฌ:
๐ Januari 2020 (3% โ๏ธ 2.75%)
๐ Mac 2020 (2.75% โ๏ธ 2.5%)
๐ May 2020 (2.5% โ๏ธ 2.0%)
Kalau korang nak tau OPR decision & statement dari tahun 2008 hingga sekarang boleh rujuk sini
https://www.bnm.gov.my/index.phpโฆ
.
๐๐ฎ๐ฑ๐ถ, ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ธ๐ฒ๐๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฒ๐ป๐๐ฟ๐๐ป๐ฎ๐ป ๐ข๐ฃ๐ฅ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ธ๐ถ๐๐ฎ?
.
1๏ธโฃ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ป ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ฝ๐ถ๐ป๐ท๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป
Kadar bayaran balik pinjaman korang akan jadi lebih murah disebabkan oleh penurunan kadar faedah. Pinjaman ni termasuklah pinjaman sewa beli (hire purchase loan), pinjaman peribadi dan juga kad kredit.
.
2๏ธโฃ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ถ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ ๐ฒ๐ฑ ๐๐ฒ๐ฝ๐ผ๐๐ถ๐
Bila kadar OPR turun, maka kadar faedah kepada akaun simpanan & FD korang juga akan berkurang. Jadi, keuntungan korang daripada simpanan juga akan turut berkurang. So, masa ni la korang perlu bijak cari alternative lain untuk gandakan keuntungan korang contohnya melalui haratanah, sebab masa ni bank akan galakkan korang buat pinjaman terutamanya pinjaman hartanah!
.
Cukup la sampai sini dulu saya kongsikan pasal penurunan OPR & kesan2nya. Kalau korang rasa perkongsian ni bermanfaat, sila share & sampaikan kepada yang lain. Bantu saya untuk share kan info ni pada seramai mungkin. Semoga bermanfaat & ianya menjadi saham pahala utk bekalakan kita di akhirat kelak.
.
Insyallah, lepas ni ni saya akan kongsikan pula tentang โApa yang perlu kita lakukan bila OPR turunโ.
Kredit
Sham Chencko
0 Comments:
Post a Comment