Sunday 17 May 2020

PENTINGNYA EARNEST DEPOSIT

Image may contain: possible text that says '(EARNEST DEPOSIT) Earnest: Bersungguh-sungguh Deposit: Wang Cagaran'


Dalam pembelian rumah subsale (secondary market), antara kos yang terlibat adalah bayaran deposit sebanyak sepuluh peratus (10%) daripada harga jualan rumah yang dipersetujui pemilik rumah dan pembeli
.
Pembayaran deposit 10% ini dibayar secara berperingkat:

1) Earnest deposit 3.18% dibayar ke Client's Account agensi hartanah semasa peringkat booking

2) Baki deposit 6.82% dibayar ke akaun firma peguam semasa peringkat tandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA)
.

Di dalam posting kali ini, saya ingin menjelaskan kepentingan Earnest Deposit
.
EarnestDeposit atau biasanya disebut bayaran/duit Booking ini bukan saja-saja dibayar semasa tandatangan Letter of Offer to Purchase a Property (LOP) / Booking form
.
Ini antara sebabnya:

 Untuk melindungi kepentingan kedua-dua belah pihak (penjual dan pembeli)

 Mengikat penjual dan pembeli agar tidak sewenang-wenangnya membatalkan urusan jual beli

 Sebagai tanda keseriusan pembeli rumah membeli rumah tersebut

 Penjual juga terikat untuk tidak menerima pembeli lain sementara pembeli tadi memohon pinjaman / pembiayaan perumahan daripada bank / LPPSA

 Sebagai gantirugi / penalti jika salah satu pihak batalkan urusan jual beli tanpa sebab yang dibenarkan. Penjual perlu memulangkan earnest deposit beserta jumlah sama amaun kepada pembeli. Jika pembeli yang batalkan, earnest deposit tidak dikembalikan (forfeited).
.
Earnest deposit ini ditransfer (jika online) / atas nama agensi hartanah berdaftar (jika cheque) kepada Client's account (akaun pelanggan) agensi hartanah berdaftar berkenaan
.
PENTING: Pastikan nombor akaun yang diberi adalah Client's Account agensi hartanah, bukannya akaun individu ejen. Dan elakkan membayar secara tunai. Hal ini bagi mengelakkan dari berlakunya penipuan/kerugian.
.
Agensi hartanah bertindak sebagai pemegang amanah. Bergantung kepada urusan jual beli, samada perlu dipulangkan kepada pembeli atau dilepaskan kepada penjual
.
.
Penafian: Info ini sebagai pemahaman mudah berkenaan keperluan earnest deposit. Untuk isu teknikal, sila rujuk ejen hartanah berdaftar atau peguam hartanah berdaftar masing-masing.


Kredit 

Hazman Abd Mulok

0 Comments:

Post a Comment