Sunday 17 May 2020

6 SEBAB MENGAPA BELI RUMAH SUBSALE


Image may contain: people sitting, living room, table and indoor

Stigma kurang tepat apabila membeli rumah pertama ialah ianya harus baru dan landed. 


Sebenarnya, tak salah pun memiliki rumah pertama yang bukan landed dan bukan baru. Dari pasaran subsale misalnya. Ini abam senaraikan 6 sebab buat kau pertimbangkan pasaran subsale untuk rumah pertama. Point 3 akhir tu memang abam suka 
.

1. Zero risiko untuk terbengkalai.
Kau tidak perlu merasa dup dap sementara menunggu rumah siap. Kerana subsale bermaksud kau membeli rumah daripada orang lain. Kan sudah tentu, kau dapat melihatnya dengan mata sendiri ketika sesi viewing berjalan.


2. Kawasan sedia matang dan penuh potensi.
Kau dapat menilai akan potensi kawasan persekitaran yang dipilih. Dengan kemudahan infrastruktur yang sedia ada, peluang pekerjaan yang terhidang, dan kepadatan penduduk terkini bakal memberi lebih keyakinan kepada kau.


3. Peluang membuat pelbagai pilihan.
Kau boleh saja lawati mana-mana portal jualan online berkenaan pasaran subsale sebelum mengambil keputusan untuk membeli secara serius.


4. Deposit yang boleh dirunding.
Betul, kau harus menyediakan sejumlah deposit yang besar ketika ingin memiliki rumah subsale. Namun, ada sedikit kelonggaran boleh dipohon. Ia bergantung kepada budi bicara Tuan Rumah sepenuhnya dan kemahiran Perunding Hartanah yang kau lantik semasa proses negosiasi.


5. Masuk rumah lebih awal dari biasa.
Atas keizinan Tuan Rumah, mungkin boleh masuk awal dari biasa. Jika rumah yang kau beli itu untuk dibuat sewaan, lebihan dari 'cashflow' yang dijana sepanjang tempoh tukar hakmilik berjalan, boleh lah kau gunakan untuk menampung kos peguam SNP nanti.


6. Dapat Tuan Rumah yang 'bermotivasi' untuk jual cepat.
Ada dikalangan Tuan Rumah yang nak melepaskan rumah segera atas beberapa keperluan yang mendesak. Mereka tak kisah pun untuk jual sedikit murah asalkan keperluan mereka dapat diselesaikan segera. Kau hanya perlu bertanya lanjut kepada Perunding Hartanah yang kau lantik. Untung sabut timbul, siapa tahu kan ?
.

Begitulah.
.

Cuba tekan [SHARE] kalau korang rasa ada kenalan korang perlukan info ni


Kredit

Mukaram M Jamin

0 Comments:

Post a Comment