Sunday 17 May 2020

Cabaran Dunia VUCA Dalam Hartanah Bersediakan kita

Image may contain: text that says 'Volatile U Uncertain Complex Ambiguous A "the new normal"'


Cabaran Dunia VUCA Dalam Hartanah Bersediakan kita ....
.
Isu VUCA ini sudah lama di bahaskan oleh pakar-pakar ekonomi dunia supaya pemimpin bersiap sedia untuk mengharungi cabaran VUCA.
.
Perang pelaburan antara Amerika syarikat Dan china sekali lagi membawa ancaman kepada kestabilan ekonomi dunia. Tapi kita mungkin ramai yang tidak terasa kesannya & mungkin kerana tidak telibat secara langsung dalam pelaburan.
.

Bila terjadinya wabak covic-19, baru di semua peringkat organisasi terasa Menyerap kesannya. Ramai yang hilang perkerjaan, hotel, homestay kosong, Kadar sewaan turun. Restoran terpaksa tutup.
.
Segala urusan semuanya dilakukan dalam atas talian, contoh paling mudah untuk kita faham banyak sektor pendidikan & perniagaan offline semua bertukar kepada online . Para pemain industri terpaksa mengikut perkembangan teknologi supaya tidak ketinggalan .
.
THE NEW NORMAL — Iaitu kita mesti tidak lagi boleh melakukan perkara biasa kita lakukan. Ubah cara biasa untuk jadi luar biasa
.
Kalau nak dibincangkan tentang cabaran VUCA ni memang Panjang lebar, Dalam hartanah apa yang kita perlu faham untuk menang dalam cabaran dunia VUCA .
.
Maksud VUCA itu sebenarnya..
V - Volacity ( kemeruapan )
U - Uncertainty ( Ketidakpastian)
C - Complexity (Kerumitan)
A - Ambiguity (Kekaburan)
.
#1 Sebagai pelabur kita mesti persiapkan diri dengan menjadi pelaburan yang bijak. Dengan Kadar kemeruapan membimbangkan kita mesti ada strategi jangka pendek & jangka Panjang.
.
#2. Bersedia dengan strategi A dan strategi B, exit plan mesti kita susun untuk setiap strategi yang kita cipta supaya portfolio hartanah kita tidak tenggelam di telan VUCA.
.
#3 Bersedia dengan Ketidakpastian ekonomi, kita mesti pandai menjangka apa yang akan berlaku, contoh mereka yg memiliki homestay pada masa sekarang, Bisnes stop. Untung bagi Mereka yang mungkin sudah sedia dengan beberapa portfolio pelaburan berlainan, sebagai backup plan.
.
#4. Bersedia dengan simpanan yang mencukupi untuk memastikan kelangsungan hidup & bisnes dipertahankan.
.
#5 Faham objektif pelaburan
Untuk mengharungi kerumitan & kekaburan yg tidak dijangka. Pelabur hartanah mesti faham betul-betul objektif setiap hartanah yang mahu dimiliki. Kurangkan kesilapan semasa membeli & risiko akan datang.
.
๐Ÿ”‘ Apa yang dapat saya ambil Pengajaran dalam keadaan sekarang adalah dengan pelbagaikan jenis pelaburan untuk langkah Lebih Selamat.
.
Sebagai perunding hartanah, kami juga sangat terkesan, contohnya dalam PKP ada yang nak masuk rumah sewa hanya dengan mahu video rumah, Ini berlaku kerana terpaksa downgrade sewaan rumah. Banyak lagi perkara baru yang kita mesti siap sedia.
.
๐Ÿ”‘ Namun Apa pun cabaran sekarang & masa akan datang, untuk mereka yang beriman pada Allah SWT & beriman dengan ketentuan yang ditetapkan olehnya, mesti akan TENANG...... TENANG & MENANG


Kredit

Mimi Rahim

0 Comments:

Post a Comment