Sunday 17 May 2020

Beli Rumah Untuk Pelaburan

LELAKI INI KONGSI PERKARA PENTING PELABUR NEWBIE PERLUKAN UNTUK ...


Izinkan saya untuk kongsikan sedikit tips bagi pelabur-pelabur diluar sana.Jika saya salah mohon betulkan.Jika ada tips lain Tuan/Puan boleh share juga.Jika berguna sila la share laju-laju.


Jika kawan-kawan diluar berminat untuk membeli rumah sebagai pelaburan,kawan-kawan harus meneliti beberapa perkara.


Keutamaan adalah untuk potensi pulangan pelaburan.


1- Lokasi unit sangat penting.Adakah lokasi yang hot atau yang berhampiran tempat keja/tinggal menjadi pilihan kawan-kawan pelaburan.

2- Pulangan sewa adakah dapat cashflow atau perlu tambah wang poket kawan-kawan.

3- Berapa lama untuk kawan-kawan terima balik tunai yang dilaburkan.

4- Potensi masa depan untuk kenaikan harga dan sewa.

5- Pulangan tahunan atas pelaburan tersebut.


Kawan-kawan perlu membuat kira-kira ringkas sebelum membuat keputusan membeli hartanah terbabit.Anda juga perlu mengambil kira perkara-perkara dibawah ;


Elakkan melabur untuk jangka masa pendek.Tiada jalan pintas untuk senang ya


Terdapat lambakan hartanah dipasaran.Kawan-kawan perlu gandakan usaha,kajian dan kesabaran jika mahu melabur.


Sekiranya kawan-kawan beli,jangan harapkan untuk mendapat keuntungan dalam tempoh 1 atau 2 tahun.

Saya jangka pasaran tidak akan bertambah baik dalam jangka masa pendek.


Tetapi bagi pelabur jangka masa panjang,inilah saatnya untuk masuk pasaran.


6 bulan dari sekarang adalah penentu 5 tahun akan datang.

Kawan-kawan pelabur tidak akan dapat tempoh seperti ini 10 tahun atau 30 tahun akan datang.Kemerosotan ekonomi + covid 19.


Kredit

Junaine Zaini



0 Comments:

Post a Comment