Sunday 2 January 2022

Faktor yang menyebabkan nilai hartanah naik ?


.
Ramai terbantut untuk beli hartanah sekarang sebabnya harga semakin naik.
.
Dan ia menjadi masalah kepada mereka untuk buat keputusan samada beli atau tidak.
.
Tau tak apa faktor harga hartanah meningkat naik ?
.
1) Kebiasaanya pembeli akan bertanya rumah ni Freehold ke Leasehold ? Betul tak. Sebab milikan hartanah freehold ni selama-lamanya melainkan kalau ditukar milik kepada orang lain.
Hartanah leasehold ada had iaitu 99 tahun, jika habis tempoh masa, kerajaan akan ambil balik ataupun bayar fee/premium untuk kekalkan menetap.
.
Ye betul harga hartanah freehold berbeza dengan leasehold kebiasaan jauh lebih mahal dan jauh lebih baik dari sudut peningkatan nilai untuk jangka masa panjang.
.
2) Lokasi Hartanah memainkan peranan penting juga dari segi nilai dan keperluan individu.
Sebagai contoh jarak daripada rumah ke tempat kemudahan seperti kedai, klinik, sekolah, shopping mall dan harga kebiasaannya tinggi.
.
Begitu juga ada sekuriti dimana ia Nampak lebih premium dan menjamin keselematan penduduk.
.
Persekitaran yang hijau dan semulajadi juga memainkan peranan juga.
.
3) Akses yang memudahkan seperti LRT, komuter, stesen bas dimana jarak berjalan kaki dari rumah memang keperluan bagi mereka yang gunakan khidmat tersebut.
.
Hartanah yang dekat dengan lebuhraya juga memberikan impak kepada nilai sesuatu kawasan tu.
.
4) Untuk lokasi yang premium pasti potensi pembangunan akan dating tinggi dan dijual dengan harga yang lebih tinggi.
.
Jadi ia memberi nilai hartanah di kawasan tu dan sekitarnya.
.
Jika ada peluang dan ready downpayment segera beli hartanah di lokasi yang baik, ada akses higway , berdekatan kemudahan dan kawasan yang akan membangun. Jangan tunggu-tunggu lagi.
.
Sebab kenaikan harga hartanah akan berterusan tapi apa pun pastikan kaji selidik kawasan hartanah yang nak beli tu.
.
Perunding Hartanah Berdaftar
Sharil Routh
(REN 19425)

0 Comments:

Post a Comment