Friday 25 October 2019

RUMAH DAH 12 TAHUN MASIH MASTER TITLE , APA PERLU BUAT ?

Ada kes dimana rumah pemilik dah 12 tahun masih Master title . Owner pun tak buat apa-apa perfection title.
.
Kenapa pentingnya surat daripada pemaju menyatakan strata dah ada atau in progress sebab ia digunakan untuk kegunaan loan submission oleh pembeli nanti.
.
Pertama sekali sebelum lupa nak beritahu Cukai pintu dan Cukai Tanah yang berbayar adalah dokumen wajib setiap transaksi. Kena check kedua-dua ni.
.
Sekiranya masih tidak buat perfection title rumah , apa yang owner perlu buat pastikan samada surat daripada pemaju dah dikeluarkan kepada owner untuk sempurnakan Pindah Milik akibat Geran Individu atau strata dah dikeluarkan oleh pihak Berkuasa Negeri.
.
sebabnya ada sesetengah bank perlukan surat daripada developer yang menyatakan developer dalam proses untuk strata.
.
Sekiranya tak ada surat tersebut sebagai supporting document kebiasaannya bank tak prefer buat loan terutamanya dah lebih 10 tahun sebab takut ada masalah dengan pengeluaran Geran atau tunggakan hutang ke atas Cukai Tanah oleh Pemaju. Kan dah susah nak jual rumah pastu buyer dah ada tapi tak dpt nak buat loan.
.
Katakan pula Geran Strata dah ada atau dah dikeluarkan tapi owner belum buat perfection apa yang boleh buat ialah :
1) Buyer atau agent on behalf of buyer boleh minta daripada owner salinan Geran Strata yang dah keluar cuma belum perfection.
Untuk digunakan proses loan kerana pihak bank akan proses loan "by way of charge" (Gadaian) instead of Assignment (surat ikatan bagi yang tiada geran)
.
2)Lepas tu pihak lawyer akan proceed tindakan memohon dari developer untuk jualan dan pindah milik terus atau pindah milik berkembar / double transfer.
.
Harap sharing ni dapat memberi idea bagi pemilik rumah yang nak menjual rumah. Dan bagi peguam yang lebih arif sekiranya ada kesilapan penerangan saya boleh komen perbetulkan , untuk sama- sama sharing kepada pemilik rumah yang lain.
.
Sekiranya ada yang mencari rumah di Bayu Sentul (Fully Furnished) di area Taman Dato Senu boleh kilik di bawah.
.
>> https://superhartanah.blogspot.com/…/bayu-sentul-condominiu…
>> https://www2.mudah.my/vi/77375755.htm

0 Comments:

Post a Comment